Utama >> Kepakaran & Pencapaian
KEPAKARAN
Firma kami menawarkan khidmat guaman yang merangkumi keperluan syarikat korporat, sektor kerajaan, badan berkanun, agensi kerajaan, institusi pelbagai sektor, dan individu dalam pelbagai urusan undang-undang dari proses peringkat awalan sehingga selesai. Pasukan hartanah kami berpengalaman mengendalikan urusan jual beli, pemilikan dan pindah milik pelbagai jenis hartanah seperti rumah kediaman, lot komersial, tanah perindustrian serta tanah berstatus pembangunan.
Antara projek utama yang pernah diuruskan oleh beliau adalah termasuk :
1. Projek Alam Perdana, Puncak Alam, Selangor – Menyediakan Perjanjian Jual Beli bagi pihak syarikat subsidiari milik Kerajaan Negeri Selangor untuk projek terbengkalai melibatkan 1,117 unit kediaman;
2. Projek Lestari Perdana, Seri Kembangan, Selangor – Menguruskan Penyempurnaan Pindah Milik 737 unit Pangsapuri Kedai dan 1,420 unit Pangsapuri Kos Rendah bagi pihak syarikat subsidiari milik Kerajaan Negeri Selangor;
3. Projek Residensi Tujuh, Kwasa Damansara, Selangor – Menguruskan proses menandatangani Perjanjian Jual Beli bagi pihak Pemaju dan penyediaan dokumentasi pinjaman perumahan dengan bank/institusi kewangan melibatkan 100 unit kediaman;
4. Projek Residensi Padang, Kota Semarak, Kuala Lumpur - Menguruskan proses menandatangani Perjanjian Jual Beli bagi pihak Pemaju dan penyediaan dokumentasi pinjaman perumahan dengan bank/institusi kewangan;
5. Projek Pangsapuri Seri Purnama, Shah Alam, Selangor - Menguruskan Penyempurnaan Pindah Milik 737 unit Pangsapuri Kedai dan 1,420 unit Pangsapuri Kos Rendah bagi pihak Badan Berkanun di bawah Kerajaan Negeri Selangor.
KHIDMAT NASIHAT
Sepanjang menjadi pengamal undang-undang, beliau juga diamanahkan oleh pemaju, bank/institusi kewangan, pemilik hartanah, syarikat korporat serta badan berkanun di bawah kerajaan negeri untuk memberikan khidmat nasihat dan mengurus pelbagai transaksi hartanah yang bernilai tinggi.
1. Penyelesaian jual beli tanah seluas 170.686 ekar bernilai RM102,614,798.00 bagi pihak syarikat subsidiari milik Kerajaan Negeri Selangor;
2. Penyediaan Perjanjian Jual Beli dan Pembangunan untuk lot tanah di Bandar Enstek berkeluasan 32,590 meter persegi bernilai RM18,241,366.05 bagi pihak syarikat korporat terkenal di Malaysia;
3. Penyediaan Perjanjian Jual Beli dan Pembangunan untuk lot tanah di Bandar Enstek berkeluasan 22,320 meter persegi bernilai RM13,213,763.64 bagi pihak syarikat korporat terkenal di Malaysia bersama syarikat korporat yang berpusat di Bangkok, Thailand;
4. Penyediaan Kertas Kerja Perundangan untuk di hantar ke Kemeterian Kewangan mengikut peruntukan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 dan Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi badan berkanun di bawah Kerajaan Negeri Selangor;
5. Menyertai pasukan perunding perundangan di bawah Kerajaan Negeri Selangor bagi mengkaji dan merangka enakmen/undang-undang bertulis bagi penubuhan kota metropolitan hasil gabungan empat (4) pihak berkuasa tempatan di Selangor di bawah Perbadanan Metroplitan Selangor (dikomersialkan sebagai SGKV - Selangor Greater Klang Valley);
6. Penyediaan Perjanjian Usahasana (Joint Venture), Perjanjian Pengurusan (Management Agreement), Perjanjian Penjualan Saham (Sale of Shares), Surat Wakil Kuasa (Power of Attorney), Perjanjian Lantikan Duta Syarikat, Deed of Trust, Perjanjian Penyelesaian (Settlement Agreement) dan pelbagai lagi perjanjian yang melibatkan syarikat di sektor korporat;
7. Semakan Perjanjian Pengilangan Original Equipment Manufaturer (OEM) di antara badan berkanun di bawah Kerajaan Negeri Selangor dan syarikat korporat;
8. Penyediaan Surat Ikatan Amanah bagi penubuhan yayasan di bawah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri.
PERBANKAN & PINJAMAN
Beliau juga berpengalaman dalam menyediakan khidmat nasihat dan penyediaan dokumen untuk perjanjian pinjaman perumahan, pembiayaan semula, dan pinjaman komersial yang disesuaikan mengikut keperluan klien. Beliau telah bekerjasama dengan pelbagai institusi kewangan utama, termasuk:-